Friday, July 12, 2013

perempuan oh perempuan!

Sape kat dunia ni yang tak tahu perempuan ni memang makhluk yang sensitif *aku kadang kadang je* ehemmm :p tak macam lelaki yang konon simple tak banyak kerenah tu kann..tapi tu la istimewanya perempuan kan :)

Lelaki selalu cakap perempuan ni pelik la.susah nak paham laa..blablabla..kadang kadang rasa betul jugak sebab aku pun ada certain time tak paham dengan diri sendiri..hiks :3 so ni ada la serba sikit pasal perempuan aku nak listkan.tak semua ada kat setiap perempuan..setiap orang tu kan lain lain.tapi kebanyakannya betul..haha
  • Selalu bawak handbag..Lelaki mungkin tak perasan.tapi perempuan memang akan selalu bawak beg atau handbag..paling tak pun kita perempuan ni akan bawak purse or beg duit..yang penting memang kena pegang something sebab rasa pelik and janggal gila tak pegang pape.haha..ape dalam beg tu?.korang lelaki memang takkan expect ape kitorang letak..hehehe *konon misteri gila*
  • Suka cakap terbalik..Perempuan selalu akan cakap sesuatu yang berlainan dengan maksud yang sebenarnya..'mulut cakap lain, hati cakap lain'..haaa tu la perempuan..contohnya dalam sesuatu relationship bila ada gaduh sikit sikit ke ape.bila perempuan cakap dia 'ok' sebenarnya dia tak ok! HAHAHA
  • Tak suka terlalu dikongkong dan dipandang rendah..Perempuan memang suka perhatian daripada orang orang yang dia sayang.tapi kalau perhatian tu berlebihan perempuan akan jadi rimas.dia tak suka pulak.haaaa.ni memang serius macam aku.LOL! bagi lelaki..korang janganlah terlalu mengongkong and mengawal pergerakan perempuan yang belum dikahwini.Selagi perempuan tu belum sah untuk korang..korang takde hak nak nak kawal seseorang perempuan tu.take note yeaa.tapi kalau nasihat yang baik sangatlah dialu alukan :)
  • Perempuan suka kena puji..Ni memang tipu kalau ada perempuan tak suka kena tipu..memang la suka kena puji tapi perempuan tak tau nak terima pujian tu camne.haha.ntah pape je kan kita kita ni..tapi kalau selalu sangat puji perempuan akan rasa pujian tu tak ikhlas :3
  • Shoppingggg!!..Yeahh! ni pun tipu kalau tak suka shopping.kalau ada pun yang tak suka shopping ntah ntah 2 3 orang je.haha.sukati je aku ni.tapi majoriti memang suka shopping.sape suka angkat tangan! *angkat tangan* yess.aku pun termasuk golongan tu.hahaha.bagi la duit banyak mana pun kadang kadang memang tak cukup.hehehe
Ni je la yang aku boleh fikir setakat ni.aku tau ada banyak..nanti kalau terfikir lagi aku buat entry lain laa.muahaha :3

peaaccceeeee! ^.^v


Monday, July 1, 2013

:')


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu


setiap kali dengar lagu ni mesti rasa sebak nak nangis.ntah kenapa :') and i'm always keep replaying this song..best sangat kot :)

Wednesday, April 3, 2013

sabar lah mira





ye memang aku tengah bersabar sangat dengan sorang makhluk Allah ni
aku tak tahu dah nak cakap macam mana dengan dia
aku sangat paham situasi dia sebab kami sama
masih student 
tapi kenapa dia tak paham situasi aku
aku tak mintak banyak pun
aku mintak pulangkan hak aku balik je
kau buat macam ni Allah tu Maha Melihat
aku memang tak boleh buat pape sebab kau jauh
tapi doa orang teraniaya ni Allah dengar
kau kena ingat tu
satu hari sabar aku mungkin akan hilang untuk dia
dan dia tak boleh marah aku masa tu
just wait and see



Tuesday, April 2, 2013

143 i love you :)

assalamualaikum.hai lg! harini cam banyak masa free so saje la nak buat combo update.boleh camtu?.boleh la kannn.blog gua.sukati gua la.haa gituu! :p hmm.entry kali ni title dia cam grand sikit kan?.*kalau tak pun tolong cakap ye* bagi la sedap hati aku sikit.haha nak cakap pasal pakwe ke ni?.hmmmm :)

memang tak la kan..pakwe pun tak wujud.hahahaha..ok done dengan gelak yang buruk tu -.- ni pasal birthday aku haritu la 14.03.2013..143.cantik kan tarikh lahir aku.kihkih *perasan kejap* setakat ni tu la birthday yang paling best dengan kawan kawan.me love you lahh korang! 


1st time kawan prank aku kaw kaw punya! yelaa aku tak expect la nak kena prank camtu.1st time dapat kek dari kawan kawan.2 kek pulak tu.kek sangat sedap.yummy! so unexpected wehh :') 


khamis malam 13 haribulan tu ada la 4 orang kawan aku dari ump pekan datang.sebab sorang tu nak bagi hadiah.aku ingat lepak lepak sembang sembang je.taktau pulak nak bagi kek sekali.ok happy excited jugak la kan.hihi.so seperti biasa bila ada kek ada la perang kek ngan kawan kawan aku yang turun celebrate sekali -..-









thanks my friends sebab datang jauh jauh pastu bawak kek pulak.kek memang sedap :D

malam esoknya masa birthday aku tu pulak..aku tak expect pun kawan kawan aku ni nak buat suprise plus prank aku.yelaa tengok dorang buat relaks je.aku pun tak pernah kena birthday prank sebelum ni.sebab sebelum ni sambut birthday je kat rumah sebab cuti sekolah.haha

beriye la kawan aku si jannah tu ajak teman gi blok kelas fakulti.nak ambik barang kononnya.pastu tetiba ramai pulak yang keluar dari ceruk mana tah bawak kek.yang tak percaya umar,azmi ngan kheswin pun join jugak! haha












see? memang kaw kaw diorang bagi kat aku.naisss! pape pun korang memang best.i love youuu! :* tapi tapi susah gila nak basuh bila dah kena air ngan tepung.kesian sweater kesayangan aku tu -.-

ni antara hadiah yang diorang bagi.ada yang takde dalam gambar
thanks for all the presents.really appreciate them.tahun depan bagi la lagi.hihihi >.<
lastly..

the best photo ever aku rasa -.,-
PEACEEEE! ^^v

Monday, April 1, 2013

picnic picnic!

assalamualaikum! haiiii! :D lama dah tak update.korang korang ni ape khabar ea?.mesti makin cantik makin hensem semua.hihi.ni cerita dah lapuk tapi aku nak gak cerita.peduli ape kau.kahkah.bila tah tarikh dia aku pun lupa dah :p

aku ni masuk kelab T-Rex kat ump ni.nama nak gempak kan?.wajib kott.haha.kelab trekking la sebenarnya.tp bukan ahli aktif pun.takde masa plus aktiviti semua nak kena bayor.mahal pulok tu.teman takde duit.haha.sooo hari tu ada lah satu aktiviti yang murah.bayar rm5 je.aku pun dengan gelojoh nak la join kan.haaa..

kitorang gi picnic kat air terjun berkelah *sebut macam 'ke'dai* haa gitu! kehkeh.









ni la gambar.sikit sikit dah laa.tayah bebanyak.haha.gambar yang last tu kitorang kena jalan kaki dari tempat bas berhenti nak gi air terjun tu.nak tau berapa lama?.SATU JAM! satu jam woii! lama gila baq hanggg..non stop pulak tu.sejam pergi sejam balik.lembik kaki aku bila balik kampus.tau la kelab trekking pun kan -..-

banyak nak cerita sebenarnya.tapi korang bukan suka pun orang membebel mengarut banyak banyak kan..cukup la ni je aku cerita.pape pun memang new experience wehh.tak penah seumur hidup jalan kaki selama sejam.agak agak kalau dari rumah aku kat kelana jaya tu sampai dah kot shah alam.kahkah!

peaceeee! ^^

Monday, March 11, 2013

best moment!


Assalamualaikum! heyyyaaaa! :D nampak tak aku teruja.sesuai laa dengan title entry aku ni kan?.kehkeh.ok ok.cukup.taknak melalut lagi.bukan korang suka pun kan.haha.hmm.aku main netball wehh!.haa.tak caye aku main netball?.jangan ingat aku kecik ala ala comel ni tak boleh main netball.aku shooter kott.*sila baca dengan nada biasa* see the leg laa!.hahaha :D

 aku main netball untuk sukan inter faculty sabtu lepaih..atau senang sebut sukfac lerr.ada game lain jugak..futsal, bola baling, bola tampar,sepak takraw, boling..banyak lagi la yang lain.nak masuk game lain aku tak berapa nak reti.lagi lagi bola tampar tu.mana aku nak reti.kot tampar orang aku reti laa.EH?.

so al kisahnyaaa..team aku dapat no.4 je.sedih gak la kan..sebab kitorg memang ada chance nak dpt no 3.beza sikit je gol tu.eh.lupo pulak nak kobar.aku fakulti FTech.teknologi.yang dpt no.1 FKM(mekanikal) no.2 FKEE(elektrik) no.3 FKASA(sivil) team aku kalah 2 gol je dengan FKASA tu.mmg dah takde rezeki la kot kan.takpe takpe.kita try next sukfac! *semangat tetiba*




ni team aku.cantikkan warna jersi kitorang?.heee..me love this team lahh! even kitorang baru main sesama dalam 2 minggu camtu.tapi cam dah rapat.suka sangattt.kalau korang nak tau aku sorang je student 1st year yang main.tapi kitorang semua sama besar je kan.ala ala comel gitu..hikhik.kakak senior ni semua baik baik.takde la pun kerek kerek bajet sombong konon besar sangat ngan aku.harap sangat nak main lagi ngan team ni next sukfac :')

even kita tak menang.tapi rasa macam dah menang untuk diri sendiri sebab dah buat yang terbaik untuk diri kita and fakulti.kita pun takde nak salahkan sesape sebab kita main as a team bukan sorang sorang..team netball FTech sem ni memang best!

peaceeee babeh! ^^v



Thursday, March 7, 2013

nak tapi tak boleh ;'(

Assalamualaikum!.hmm post ni cam sedih sikit.sebab..


how sweet you are lah adik! me miss you jugak! tapi kakak tak boleh nak balik.tiap tiap weekend ada hal.cam busy sikit.takpe takpe.nanti kakak try gak balik ea.sian adik duduk rumah sorang je.kakak,kak ngah ngan abang duduk hostel.sekarang ni selalu gaduh ngan umi and abi je la kan.hehe

time kakak cuti haritu hari hari kita tidur sesama kan?.nanti kakak balik kita tidur sesama lagi eh :')

miss you always even kita selalu gaduh..alahh gaduh gaduh manja gitu ^.^

peaceeeee!


Monday, February 25, 2013

girls day out babeh!

Assalamualaikum!.hey hey hey! cam dah lama pulak aku tak update.hari aha haritu aku ngan kawan kawan..jannah,ed ngan wana gi berjimba kat kuantan.yelaa.mentang mentang duit ptptn baru masuk.baik guna sebelum terlambat.plus assignment pun takde lagi.kehkeh.so jom tgk gambar bebanyak.korang pun bukan nak baca sangat ape aku merepek.*buat touching jap*

tengah bosan tunggu jannah ambik barang kat bilik

bila tak kena drive memang heaven la duk belakang

muka kebulur

muka kenyang

jadi model tak bergaji jap

suka tengok bubbles tu :)

thanks to ed for capturing this photo :)

main tiup tiup lagi!

love this photo :)

sangat heaven duk belakang :D

eh eh nak gak selit muka dia :p

suka gila wana dapat suprise birthday present 
nanti plan nak pegi gambang waterpark pulak.huhu.cam tak sabar je nak berjimba lagi..

peaceee! ^^v

Thursday, February 14, 2013

berat?.ringannnn...

Assalamualaikum!.ape yang berat ape yang ringan?.haaa..sebenarnya nak cakap pasal berat badan.badan sape?.badan aku la kan.aku nak kisah badan orang lain buat ape kan.haha.hmm.bila orang tanya "berat kau berapa wey?" aku akan jawab "aku ringan je tak berat pun".kahkah.bukan nak loyar buruk.tapi benda betul.berat aku maintain dari sekolah menengah.42kg.yee.42 je.pernah paling berat pun 46kg.waktu form 2 kalau tak salah.lepas tu turun jadi 42kg sampai la sekarang.aku pun tak ingat sebab ape turun masa tu.

"kau ni makan la banyak sikit mira oii".korang..banyak kot aku makan.badan je tak naik naik.nak buat camne.metabolism rate tinggi bak kata certain orang.mungkin la kot.satu side lain orang kata aku best sebab makan banyak mana pun tak gemuk.untung jugak la kat situ kan :)

gaya macam orang sakit
aku bukan lah tak bersyukur.tapi tak salah kan kalau aku nak yang terbaik untuk badan sendiri.aku rasa elok kalau aku tambah berat sikit.masalahnya aku takut nak tgk badan aku berisi pulak.yelaaa.tak pernah kan.kahkah.memang macam mintak penampar >.<

aku happy je ngan badan aku sekarang.orang pun ramai ingat aku budak sekolah menengah.bila jalan ngan adik aku pun orang ingat aku adik bukan kakak *tu memang best!* as long as aku sihat takde penyakit yang bahaya.ok la kan :)

peaceeeee! *tunjuk dua jari sambil tunjuk gigi*

Sunday, February 10, 2013

cinderella cinderelli

heyyy guys! :D


comel tak comel tak?.*penampaq sedaihh* kahkah.takde la.ramai orang kata muka kitorang sama.so aku nak tanya korang.yeke sama?.kitorang rasa ada sama sikit je.tapi ada yang kata sama betul.macam tipu je.ye dak?.kiranya sekarang ni kitorang kembar tak rasmi.hihi :)

nama si tudung kuning ni syairah mohd anuar.aku panggil dia syai.kalau tak kenal dia ni confirm orang ingat dia ni sombong or pemalu.shy shy gituu.tapi sebenarnya memang tak la camtu kan.kahkah.

dia ni satu matrik ngan aku dulu.tapi kitorang pernah bercakap waktu orientation week je.setahun pastu selisih senyum senyum jeling jeling je.haha.masuk u baru rapat sebab sama kelas bi.

she's one of my best buddy.aku akan share macam macam cerita dengan dia ni.kitorang selalu dating dua orang je.kalau kat kampus siap tetapkan hari and masa nak date tau.bukan ape.kitorang lain course.masing masing busy.*korang jangan pikir lain!* kahkahkah!

hopefully akan rapat sampai tua :)

peaceee babeh! 

Friday, February 8, 2013

bawal bawal.

assalamualaikum!.heyyaaaa! :D korang korang yang perempuan tu mesti kenal bawal kan?.ikan bawal?.nooo lahhh.of course tudung bawal.kehkeh.kalau dah nama perempuan memang wajib ada tudung bawal ni dalam simpanan at least satu.kan?.tayah nak tipu aku laa.aku tau sangat.haha

aku memang hantu tudung bawal skang.hantu??.boleh kata gitu la.kahkah.tak pandang dah shawl ala ala sejadah,selimut bagai tu.dulu time zaman shawl tu aku pakai la jugak.skang ni shawl semua duduk dalam almari je.nak pakai pun aku tak reti dah.selekeh bebenor ghupenyee *membazir ni.amalan syaiton.jangan ikut* T.T 

lagi pun tudung bawal ni murah je.10ringgit dah boleh dapat dua helai.yelaa.dulu dah membazir beli shawl mahal mahal.sekarang kena jimat la.kehkeh.kalau colour aku suka colour colour gelap.tak suka colour cerah.semua orang tau tudung bawal ni yang kureng sikit sebab dia agak jarang.thats why aku tak suka colour cerah.lagi la nampak nanti.

sekarang ni aku dah ada berpuluh puluh helai and still counting! :D

dari kecik lagi aku dah berbawal
peaceeee! 

Tuesday, February 5, 2013

ohmaii UMP

Assalamualaikum!.aku sekarang ni cuti sem.sebulan.lagi seminggu lebih start la sem baru aku..18 feb.dulu lepas matrik alhamdulillah aku dapat sambung kat ipta.bersyukur sangat sangat sebab tak semua orang dapat peluang tu kan.even aku tak dapat ipta dan kos yang aku nak.takpe.perancangan Allah yang paling baik kan :)


kat sini la aku sambung belajar sekarang.aku dapat kos keselamatan dan kesihatan pekerjaan.in BI kita sebut occupational safety and health.majoriti orang kat luar sana tak tahu pasal kos ni.sedangkan student ump sendiri ada yang macam tak pernah dengar.sedih baq hangggg!.aku pun try la terangkan kat dorang padahal aku sendiri tak berapa nak paham pasal kos aku ni.muahaha!.yela kan..aku ingat kos ni sama macam environmental health tu.aku pun letak la dalam UPU aku nombor 6.tak sangka lak dpt.skang ni aku masih cuba nak memahami kos aku sendiri.macam tragik je.kahkah.

kalau aku explain pun korang mungkin tak paham.aku pun malas nak taip banyak banyak.boleh try baca kat SINI sampai paham yeeaaa :)

ump ni ada dua kampus.kampus gambang ngan kampus pekan.tapi dua kampus ni jauh kot.dalam sejam jugak la.so kitorang macam tak rapat.kalau duduk dalam satu event yang kena together mesti macm dua universiti yang berlainan.yang ni memang aku pun tak paham kenapa -.- aku kat kampus gambang :))

 ump gambang ni kecik je..ce tengok ni..

BANGUNAN CANSELERI

BANGUNAN CANSELERI LAGI

PINTU MASUK

KOLEJ KEDIAMAN 2 ( LELAKI )
MASJID (GAMBAR DARI TINGKAT ATAS)
BILIK KOLEJ KEDIAMAN 1 & 3 (PEREMPUAN)
ni la sikit gambar ump gambang.ump pekan malas nak tunjuk.hehe.gambar gambar ni pun aku pinjam pakcik gugel lagi.hehehe.

setakat ni ok je duk ump ni.just pans dia tu la macam takleh tahan sikit.gi kelas wajib bawak payung.tak kira hujan or panas.mesti pakai payung.taknak burn uollss!.kahkah.yang tak sukanya takde jalan berbumbung..alahh.susur gajah tuu.tu la pasal kena bawak payung sentiasa.huhu

nanti nanti aku citer pulak pasal kengkawan kat ump ni ehh :)

ump pekan besar.bilik best.budak gambang jeles.tp kitorang dekat ngan bandar.dorang jauh..kuikui

peaceeeee ! 

mohon elok cepat :(

pakcik gugel bagi pinjam
assalamuaikum!.haaa seram tak?.jadah nak seram geli tak?.aku tengok macam geli jugak la.dah tu apehal aku dah takde keje sangat tunjuk gambar ni kan..bukan sesajee aku tunjuk..ekceli..tudiaa!.ekceli baq hanggg!.kahkah.macam ni la mata aku sekarang.nak snap and tepek gambar mata aku yang konon cantik ni payah pulokkk.tu pinjam pakcik gugel.kehkeh

kau sakit ape ni woii?!.yg bengkak besar tu sama je macam ketumbit biasa selalu orang kena tu.konon mengintai orang mandi bagai tu.cuma yang ni kena kat dalam mata.sangat la bernasib baik sebab sikit pun tak rasa sakit.kadang kadang je gatal sikit.and yang takleh blah ada nanah keluar wehh! -,-

yang aku kena ni orang bijak pandai panggil ketumbit kalazion.in BI ejaan dia chalazion.nak tahu lebih boleh tengok kat link aku letak tu.

yang tak bestnya bila bangun pagi mesti macam banyak taik mata kat sekeliling mata yang mana a bit tak selesa lah kan.sebab nanah tu keluar time tidur.so dia dah kering.bunyi agak menakutkan kan?.sebenarnya tak lah.nanah dia bukan keluar sekali banyak.and bukan meleleh mengalir pun. :)

sooo..korang korang boleh la agak agak tolong doakan untuk aku supaya cepat sembuh.ni second time aku kena macam ni.ada ubat aku ambik kat doktor homeopathy aku.tapi cam tak jalan.nanti aku nak tuam la mata aku ni macam aku baca kat internet tu..

insyaallah aku sembuh nanti..

peaceeee! ^_^v

camwhore.

Assalamualaikum guys!.heyya! :D hmm.kenapa aku buat title macam tu.sape yang camwhore?.aku ke?.aku kadang kadang je.kehkeh.bukan lah..sebenarnya aku nak tunjuk sape yang camwhore sekarang..

"
"
"
"
"
"
"
"
"


ni dia pak cil lion yang gila camera.kahkah.xde la..sebenarnya sekarang ni aku tengah cuti sem.so banyak masa goyang kaki tengok tv je kat rumah.pak cik lion jadi camtu sebab aku la.aku ngan adikbongsu aku dah takde keje sangat.macam macam style aku buat kat pak cik lion.dia pun relaks je layan kitorang.kehkeh.hensem kan pak cik lion?. :p

pasni kot kot korang nak ubah style rambut boleh la jumpa aku.kahkah!

peaceeee babeh! *angkat dua jari*